Welcome to Our Blog misicintakita.blogspot.com, Thank you!

Friday, October 11, 2013

Idola Perkahwinan Islam

Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, 28, selamat dinikahkan dengan Husna Mohd Zahry, 24 pada 23 Ogos 2012 yang lalu. 


1. Majlis dibuat secara sederhana tetapi indah. Majlis dimulakan dengan selawat. 

2. Husna memakai inai di pergelangan tangan sahaja iaitu bukan ditempat aurat, inai tidak berkekalan dan lukisan berbentuk bunga/tumbuhan tidak berbentuk haiwan atau menyerupai makhluk. 

3. Tiada inai di tiga jari Ustaz Don kerana inai di lelaki dipakai hanya untuk tujuan berubat sahaja. 

4. Make up Husna tidak tebal, Ustaz Don berkata dia berkahwin kerana diri Husna sendiri, dia tidak mahu melihat Husna menjadi orang lain dengan bermakeup tebal atau memakai bulu mata palsu. 

5. Selepas ijab qabul nikah Ustaz Don meminta izin kedua pihak keluarga untuk Husna bersembahyang sunat bersamanya.


6. Sebelum menyarungkan cincin di jari Husna, Ustaz Don memegang bahagian depan kepala Husna sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya. 


7. Tiada sesi bersanding atau merenjis, pelamin hanya untuk tempat mengambil gambar bersama family dan rakan.

8. Kesemua hantaran di kedua belah pihak berbentuk makanan. Pengantin ingin berkongsi kegembiraan dengan seluruh family ketika membuka hantaran. Tujuan ini juga adalah kerana pengantin tidak mahu hantaran al-Quran/kitab diletak sama level dengan hantaran kasut, baju dan lain-lain.


 

4 comments:

  1. contoh sebenar perkahwinan dalam Islam ♥ ♥ terima kasih atas info :)

    ReplyDelete
  2. bersederhana itu lebih indah.. :) tQ for sharing..

    ReplyDelete
  3. Sejuk rasa bila membaca. Panduan seperti ini elok jika dapat dipraktikan.. Info yg menarik ;)

    ReplyDelete