Welcome to Our Blog misicintakita.blogspot.com, Thank you!

Friday, October 11, 2013

Idola Perkahwinan Islam

Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, 28, selamat dinikahkan dengan Husna Mohd Zahry, 24 pada 23 Ogos 2012 yang lalu. 


1. Majlis dibuat secara sederhana tetapi indah. Majlis dimulakan dengan selawat. 

2. Husna memakai inai di pergelangan tangan sahaja iaitu bukan ditempat aurat, inai tidak berkekalan dan lukisan berbentuk bunga/tumbuhan tidak berbentuk haiwan atau menyerupai makhluk. 

3. Tiada inai di tiga jari Ustaz Don kerana inai di lelaki dipakai hanya untuk tujuan berubat sahaja. 

4. Make up Husna tidak tebal, Ustaz Don berkata dia berkahwin kerana diri Husna sendiri, dia tidak mahu melihat Husna menjadi orang lain dengan bermakeup tebal atau memakai bulu mata palsu. 

5. Selepas ijab qabul nikah Ustaz Don meminta izin kedua pihak keluarga untuk Husna bersembahyang sunat bersamanya.


6. Sebelum menyarungkan cincin di jari Husna, Ustaz Don memegang bahagian depan kepala Husna sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya. 


7. Tiada sesi bersanding atau merenjis, pelamin hanya untuk tempat mengambil gambar bersama family dan rakan.

8. Kesemua hantaran di kedua belah pihak berbentuk makanan. Pengantin ingin berkongsi kegembiraan dengan seluruh family ketika membuka hantaran. Tujuan ini juga adalah kerana pengantin tidak mahu hantaran al-Quran/kitab diletak sama level dengan hantaran kasut, baju dan lain-lain.


 

Sunday, October 6, 2013

Adab-adab Menyambut Kelahiran

Keriangan sebagai ibu bapa apatah lagi beragama Islam ketika menerima kelahiran anak patut diiringi dengan ucapan kesyukuran kepada Yang Maha Kuasa.
Islam sebagai agama yang menggariskan panduan hidup yang sempurna patut dijadikan pedoman kepada semua penganutnya. Adab-adab menyambut kelahiran bayi seharusnya menjadi amalan kepada semua ibu bapa yang menerima kelahiran zuriat.
Antara adab-adab menyambut kelahiran yang disunatkan dalam Islam adalah seperti berikut :
1.    Azan dan iqamat
Sunat untuk diazankan di telinga kanan bayi lelaki dan perempuan yang masih bayi sesudah kelahirannya.Dan juga disunatkan untuk diiqamatkan di telinga kiri bayi lelaki dan perempuan yang masih bayi sesudah kelahirannya.
2.    Memberi nama yang baik
Nama yang baik adalah nama-nama yang ada hubung kait dengan Islam atau pengertian yang indah.
3.    Tahnik (Belah Mulut)
Menggunakan buah tamar yang dimamah lumat dan disuapkan sedikit kepada bayi. Ini bertujuan untuk mendidik bayi agar mudah menyusu dan menjana sifat taqwa, kesejahteraan dan kefasihan lidah.
4.    Cukur rambut
Sunat mencukur rambut bayi ketika bayi berusia 7 hari.
Bercukur boleh melebatkan rambut, menguatkan kulit kepala, menyuburkan pancaindera (mata, penglihatan, pendengaran dan deria bau).
5.    Aqiqah
Sunat melakukan aqiqah ketika bayi berusia 7 hari.
Anak lelaki disunatkan sembelih dua ekor kambing atau biri-biri dan satu ekor bagi anak perempuan (kambing atau biri sampai umur seperti untuk korban).
Daging aqiqah digalakkan di masak gulai manis dan tulangnya tidak dipatahkan.


Saturday, September 28, 2013

Rancang Kewangan Anda Dari Sekarang



Masalah kewangan sering timbul dan belegar legar dalam fikiran kita sama ada sebelum,semasa,dan selepas berkahwin. Masalah ini juga selalu menimbulkan konflik dalam rumah tangga sehingga berlakunya pergaduhan dan boleh memporak perandakan rumah tangga. Oleh itu kita haruslah bijak dalam menguruskan kewangan peribadi serta kewangan keluarga supaya tidak terjadi konflik sedemikian.


Hidup di alam berubah tangga bukanlah senang tetapi banyak cabaran dan dugaan yang akan ditempuhi. Jika dari bujang kita tidak bijak dalam menguruskan hal kewangan apatah lagi jika telah berumah tangga. Tahukah anda biarpun ada individu yang bergaji besar mereka pun turut tidak lari dari masalah kewangan. Bagi lelaki, golongan ini lebih banyak mengalas tanggungjawab kerana nafkah terletak dibahu mereka Tetapi masih ramai yang gagal dalam aspek pengurusan kewangan rumah tangga.Sebelum kita pergi lebih jauh lagi, adalah lebih baik kita memahami  dan mendalami tentang mengutamakan keperluan berbanding kehendak. Jika konsep ini dapat difahami, adalah lebih mudah kita untuk mengikuti tip-tip di bawah ini :



#1 Pendapatan tetap dan tambahan
Pada zaman sekarang, memang ramai isteri yang dilihat keluar bekerja. Ini adalah sebahagian kehendak hidup yang perlu dilakukan demi membantu suami meringankan bebanan kewangan keluarga. Tidak dinafikan, harga barang pada masa kini amat berbeza berbanding dahulu. Selain kos hidup yang semakin meningkat, suami juga perlu memikirkan tentang pendapatan tambahan untuk menyara kos sara hidup.
Apa yang boleh suami lakukan? Cuba mempelajari selok belok perniagaan dan memasarkannya di internet. Dunia perniagaan di internet antara lubuk yang dianggap lumayan.
#2 Agihan duit pendapatan
Sekiranya kita sudah menerima duit gaji daripada majikan, sila segera mengagihkan duit tersebut untuk bayaran-bayaran tertentu. Jangan sesekali kita gunakan duit selagi kita belum memperuntukan bayaran seperti ansuran rumah, bil utiliti, ansuran kereta dan sebagainya. Jika tidak, kita akan rasa terbeban untuk membayar dikemudian hari.
#3 Berjimat dalam berbelanja
Jika kita merancang untuk berbelanja di pasar raya, adalah lebih baik menulis dahulu senarai barang yang mahu dibeli. Setidak-tidaknya, kita dapat mengatasi masalah lebihan belanja. Tambahan pula, dengan adanya senarai barang ini, sedikit sebanyak ia dapat mengurangkan nafsu kita daripada membeli barang yang   tidak perlu.
Selain itu, kita juga boleh melakukan perbandingan harga di beberapa buah pasar raya. Biarpun terdapat perbezaan harga RM1-RM2 bagi setiap barang, itu sudah cukup memberikan banyak penjimatan. Bayangkan jika kita dapat berjimat, lebihan wang tadi boleh disimpan.
#4 Menabung
Mungkin ada yang berpendapat, menabung pada zaman sekarang merugikan berbanding melakukan pelaburan. Ini kerana pelaburan yang semakin popular pada zaman sekarang adalah menyimpan emas. Memang tidak dinafikan, pelaburan seperti emas mahupun hartanah sememangnya memberikan pulangan yang lumayan pada masa akan datang.
Namun begitu, menabung juga boleh dimulakan pada skala kecil. Sama ada RM100, RM200 sebulan itu sudah memadai bergantung kepada pendapatan sesebuah keluarga itu. Amalan menabung ini sedikit sebanyak dapat membantu kita sekiranya berlaku sesuatu kecemasan dikemudian hari. Kita hanya merancang dan hanya Allah SWT sahaja yang menentukan.


Sunday, September 22, 2013

Tip Memilih Pasangan Ideal

Anda masih single? Masih mencari pasangan yang sesuai atau sudah mempunyai calon? Sudah tentunya anda semua tidak mahu tersalah pilih bukan?  Di sini misicintakita ingin berkongsi tip memilih pasangan ideal.


Mari kita bacakan sedikit tip di bawah ini :

1. Tulus hati dan jujur
Kita boleh lihat dengan mengenalinya dengan lebih lama dan mendalam. Kita boleh lihat adakah dia berpura-pura dengan kita dengan cara melihat perhatian atau tingkahlakunya ketika bersama kita. Kadang-kadang dengan orang lain kemain lagi ego dan kasarnya. Tetapi dengan kita , pijak semut pun tidak mati. Awas. Satu hari nanti kita mungkin akan diberikan layanan yang sama, kerana si dia hanya berpura-pura dan sembunyikan perwatakan yang sebenarnya. Setuju?

2. Menghargai kita.
Manusia kan biasanya berlainan pendapat dan pandangan. Ini kerana faktor-faktor sekeliling kita atau cara kita dibesarkan adalah tidak sama. Bertuahlah anda jika mempunya pasangan yang mempunyai padangan dan pendapat yang satu citarasa tu. Tapi jika ditakdirkan kita dan dia berbeza pendapat, dia tetap menghargai dan menghormati pendapat kita itu. Tetap bertolak ansur dan menerimanya.

3. Kematangan dan tanggung jawab
Tanda-tanda seseorang telah mencapai kematangan peribadi adalah apabila seseorang itu bersedia membincangkan masalah. Tidak menyembunyikan sesuatu, tidak mungkir janji dan tidak membelakangkan kita. Apabila kita mempunyai kekasih yanng suka berterus-terang , alangkah bestnya. Jika tidak matang dan tiada tanggungjawab, alamatnya kita dapat rasa kita akan kurang selesa. Setuju?

4. Yakin kepada dengan dirinya sendiri
Ada kekasih yang rasa tertekan jika kita ini terlebih sedikit daripadanya. Apabila kita ni terlebih sedikit dia mula rasa terancam. Lebih-lebih lagi jika sedia itu lelaki. Mulalah dia akan rasa cepat tersinggung dan lebih tak best lagi anggap kita ni ancaman pula! Kalau begini, susah juga kita nak berbincang dan membuat banyak perkata bersamanya. Dengan kata lain pastikan kekasih kita, boleh bertolak ansur dan sentiasa percaya akan kebolehannya. Jangan berfikir yng bukan-bukan tentang diri kita yang dianggap cuba menjatuhkan kebolehannya.

5. Terbuka secara emosional
Sanggup berkongi senang dan susah. Kita akan dapat rasa bukan saja ketika kita senang dia ‘baik angin’ dengan kita, malah ketika kita dilanda masalah pun, dia sanggup bersama kita. Emosinya juga turut tenang dan cuba menyelesaikan masalah kita dan sudah tentu kita rasa selesa sentiasa.

6. Mengagumi kita
Kitalah segalanya baginya. Kitalah the best untuknya. Kita boleh nampak dari tingkahlaku dan kata-kata yang dikeluarkannya. Walaupun sudah bertahun kita menjalinkan hubungan, dia tetap rasa kita ini idolanya. Wah! Sangat best. Tapi janganlah dia saja begitu kepadanya. Kita pun kena lah sama begitu.


Itu saja tip yang ingin dikongsikan kepada anda semua. Tapi jangan terlalu memilih ok! nobody is perfect.. :))

Buat yang sedang mencari jodoh tu, misicintakita tujukan khas lagu ni untuk anda semua. Semoga terhibur :))




Saturday, September 21, 2013

Persediaan Perkahwinan








1. Memilih jodoh
     
     Islam mengharuskan lelaki dan wanita mencari dan meneliti bakal isterinya serta suami masing- masing seperti yang diterangkan sebelum ini.Jangan sampai tersalah orang dalam memilih cinta. Mencintai orang yang salah lebih memeritkan daripada tidak mencintai orang sama sekali.

2. Memilih bakal isteri
     
Sunat hukumnya bagi lelaki yang ingin membuat pinangan supaya melihat terlebih dahulu bakal wanita yang akan dipinangnya itu. Islam memberi kebebasan kepada mana-mana lelaki untuk memilih bakal isteri yang sesuai bagi mereka. Untuk membentuk ikatan perkahwinan yang harmoni dan berkat, seseorang itu disarankan supaya mengambil kira panduan yang telah diberikan oleh Nabi S.A.W. iaitu mementingkan faktor agama selain daripada keturunan, harta dan kecantikan.

3. Memilih bakal suami

Perempuan juga digalakkan untuk memilih bakal suami yang baik dan mulia. Nabi S.A.W. menggalakkan wanita supaya memilih lelaki yang mempunyai ciri-ciri berikut:

      - Berakhlak mulia
      - Beradab
      - Mempunyai harta dan keturunan mulia

      - Beragama

Diantara tujuan pemilihan calon suami dan isteri ialah untuk memberi kepuasan hati dan keyakinan dalam memilih dan menentukan pasangan suka dan duka kelak. Ini penting sebagai ikhtiar dan permulaan kepada perancangan kehidupan berkeluarga.

4. Meminang

Meminang ialah lamaran seseorang lelaki terhadap perempuan untuk dijadikan isterinya. Dalam maksud lain meminang ialah suatu proses untuk menyatakan keinginan daripada seorang lelaki kepada seorang wanita yang boleh dikahwini dengan tujuan untuk mengahwininya serta suatu ikatan atau perjanjian untuk melangsungkan perkahwinan.

5. Mas kahwin

Setiap akad perkahwinan mestilah mempunyai mas kahwin dalam bentuk benda yang bernilai walaupun kecil atau faedah serta manfaat yang diberikan oleh suami kepada isterinya kerana akad perkahwinan.


6. Hantaran
   
     Hantaran mengikut adat orang melayu ialah barang yang terdiri daripada mas kahwin, persalinan, buah-buahan dan makanan. Hantaran dibawa pada hari berlangsungnya perkahwinan dan akad nikah sama ada bagi pihak pengantin lelaki kepada perempuan dan pengantin perempuan kepada lelaki dalam jumlah yang ganjil seperti 7,9,11. Membawa hantaran adalah harus dalam syariat Islam selagi benda tersebut bernilai dan membawa faedah serta suci dan tidak ditegah oleh syara’.

7. Kenduri kahwin
     
     Kenduri ialah jamuan yang diadakan untuk meraikan perkahwinan sama ada bagi pihak pengantin lelaki ataupun perempuan. Mengadakan majlis kenduri sunat muakkad hukumnya, iaitu sunat yang sangat dituntut supaya dilaksanakan walaupun secara kecil-kecilan sahaja. Apa yang penting majlis kenduri bukanlah satu cara untuk menunjuk-nunjuk kekayaan dan tidak mencampurkan unsur-unsur maksiat dalam majlis yang berkat itu.Itulah antara persediaan yang perlu ditempuhi oleh pengantin lelaki dan wanita untuk menempuhi dan melangsungkan perkahwinan. Apa yang penting, Islam tidak pernah menyusahkan seseorang dalam satu perkara. Jika tidak mampu untuk berbelanja besar, cukuplah dengan sekadar apa yang ada dan bersederhana dalam perbelanjaan.